Forums | Downloads | Login |  active visitorsRSS

BAHAGIAN
PAUTAN LAIN
UNIT > Pentadbiran

   

UNIT PENTADBIRAN
 
Fungsi
 
Bertanggungjawab ke atas urusan pentadbiran berkaitan dengan Perkhidmatan, Persuratan dan Emolumen. 
 
Peranan
  • Memantau dan memastikan penghantaran surat-surat rasmi dan dokumen penting kerajaan diuruskan dengan betul dan teratur.
  • Mematuhi dan melaksanakan semua dasar kerajaan yang diperkenalkan dari masa ke semasa. 
  • Memberi Khidmat Nasihat dan sebagai Tempat Rujukan berkaitan dengan kaedah, masalah dan tatacara berkaitan perkhidmatan pentadbiran kerajaan terutama berkaitan dengan Arahan dan Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan.
  • Membentuk organisasi yang baik dan teratur, memberi latihan, nasihat dan dorongan kepada pegawai dan kakitangan, membentuk semangat kerja berkumpulan, mewujudkan hubungan antara jabatan-jabatan kerajaan lain, meningkatkan koordinasi, mengisi serta mewujudkan jawatan mengikut keperluan semasa dan mengekalkan tatatertib dalam kerja.
  • Memastikan sumber bekalan peralatan untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan dengan perbelanjaan dan kewangan di Unit Pentadbiran adalah mencukupi dan bersesuaian.
  • Menyediakan laporan bulanan dalaman status keseluruhan aktiviti perkhidmatan pentadbiran yang telah dilaksanakan.
  • Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dan kakitangan berkaitan maklumat-maklumat seperti lantikan, pengesahan jawatan, kemasukan ke jawatan berpencen, kursus dan latihan, pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer, penganugerahan, cuti tanpa gaji, cuti belajar dan sebagainya.
  • Mengurus Kenaikan Pangkat dan pemangkuan/tanggung kerja, penyambungan kontrak kakitangan dan permohonan jawatan lain.
  • Mengurus latihan kakitangan, permohonan peperiksaan jabatan dan kursus induksi Umum/Khusus kepada pegawai dan kakitangan untuk pengesahan jawatan termasuk Latihan Industri kepada pelajar Pusat Pengajian Tinggi.
  • Menerima Pungutan Hasil, urusan memasukkan pungutan ke bank, menyelenggara Buku Tunai Kew. 248 serta menyediakan Akaun Perbandingan dengan Bendahari Negeri Johor.
  • Menyelenggara Akaun Panjar Wang Runcit Jabatan, Peti Besi Jabatan dan Buku Tunai dan Lejar Amanah Pelbagai 79501 (80128).
  • Mengurus dan menyediakan Laporan Perisytiharan Harta bagi semua pegawai dan kakitangan untuk dikemukakan ke Ibu Pejabat JKR Johor pada setiap 6 bulan sekali.
  • Mengurus semua kerja-kerja fail dan dokumen dari mula membuka/mendaftar, menyimpan, memantau pergerakan, mencatat kertas minit fail sehingga kepada pelupusan fail.
  • Menyediakan Surat Akuan Rawatan hospital bagi pegawai dan kakitangan yang memerlukan.
  • Menyediakan kertas-kertas persaraan pegawai dan kakitangan dalam tempoh 2 tahun (24 bulan) sebelum bersara seperti ganti cuti rehat (GCR), penyediaan penyata perubahan Kew.8 seperti cuti tanpa gaji dsbnya bagi tujuan penyediaan penyelesaian cukai pendapatan dan pinjaman.
  • Mengendalikan urusan pembukaan peti sebutharga serta sebagai Ahli Jawatankuasa Pembuka Peti Sebutharga.
  • Membuat penyediaan dan Perkiraan Anggaran Gaji dan Emolumen jabatan.
  • Membantu urusan Tindakan Tatatertib jabatan dan sebagai Urusetia Tindakan Tatatertib Jabatan.
  • Menyelenggara penyediaan Borang SKT dan menguruskan Laporan Prestasi Tahunan Pegawai dan Kakitangan dan sebagai Urusetia Panel Pergerakan Gaji.
  • Menyelenggara Kad Perakam Waktu jabatan.
  • Menyelenggara Daftar Setem, kad-kad Surat Berdaftar (berkod) dan Daftar Kounterfoil.
  • Memantau dan memastikan penghantaran surat-surat rasmi dan dokumen penting kerajaan diuruskan dengan betul dan teratur.

INFO KURSUS